F Hasrat Ezzaty Abdullah Termakbul | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Hasrat Ezzaty Abdullah Termakbul

Hasrat pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos untuk menimang cahaya mata pertama, bakal menjadi kenyataan selepas Ezzaty mengesahkan hamil sembilan minggu.

Jelas Ezzaty, pada awalnya dia menganggap mempunyai masalah wanita, namun tekaan suaminya nyata benar.

"Saya risau apabila sudah hampir dua bulan tidak datang bulan dan apa awalnya saya sangka saya adalah masalah berkaitan rahim dan kanser serviks.

"Tapi Azwan menyangkal dan merasakan saya mengandung serta beberapa kali meminta saya membuat ujian kehamilan.

"Sehinggalah tiga minggu lepas, saya cuba buat ujian dan keputusannya positif. Alhamdulillah, kami sama-sama menangis kesyukuran," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan Astro 2017 di Dataran Wau, Kompleks Kraf, semalam.

Tambah Ezzaty, buat masa ini dia tidak alami apa-apa alahan, namun berbeza dengan Azwan.

"Kelakar ada, kesian pun ada bila lihat Azwan loya dan pening. Dia kerap sakit kepala. Saya pun kalau alahan datang hanya dalam tempoh tiga hari sekali.

"Alhamdulillah setakat ini saya tidak mengidam yang pelik-pelik. Apa yang saya harapkan anak ini nanti dapat dilahirkan dengan sihat dan selamat," katanya yang sudah mempunyai nama untuk anaknya itu.

Ezzaty berkata, buat masa ini dia masih menjalani penggambaran untuk telefilem dan filem selepas hari raya. Hanya selepas itu dia akan berehat panjang sehingga lepas hari berpantang.

Dia dijangka akan bersalin sekitar Disember depan. Ezzaty dan Azwan Kombos mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016.

Ezzaty yang terkenal dengan drama Hello Mr. Perfect ini pernah meluahkan rasa sedih apabila hajatnya untuk hamil ketika menunaikan umrah Februari lalu tidak kesampaian.
InstaForex
Powered by Blogger.