F Harris Baba syukur diterima di Malaysia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Harris Baba syukur diterima di Malaysia

SELEBRITI dari Singapura, Harris Baba pasrah apabila karier seninya tidak begitu ‘menjadi’ di tanah kelahirannya.

Harris atau nama sebenarnya, Khawaja Mohammad Harris Baba juga mengakui keliru dengan situasi yang melanda.

“Saya sendiri masih tertanya-tanya, kenapa sukar sangat laluan seni saya di Singapura?

Katanya, walaupun dia bermula sebagai penyanyi di Singapura lebih setahun, tapi, hakikatnya keadaan di sana tidak bagus untuk dirinya tetapi peminat di Malaysia  menjadikan impiannya satu kenyataan.


“Saya bertuah sebab karier seni di Malaysia lebih lancar,” katanya penyanyi berusia 27 tahun ini kepada Media Hiburan.

Harris yang kecewa kerana terus statik di Singapura mengambil keputusan berhijrah ke Malaysia selepas setahun menjadi penyanyi di negara ini dan berhasrat melebarkan bakat seninya.

Terus serius bergelar penyanyi, kini, Harris baru saja muncul dengan single kedua, Parah yang menampilkan gabungan dua elemen irama iaitu Hindi dan Melayu.

Lebih istimewa, penyanyi berdarah kacukan Pakistan dan India ini juga mencabar diri apabila menyanyikan lagu ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan itu.


“Single pertama saya, Katakan lebih kepada mahu menarik perhatian peminat yang sukakan melodi ringkas dan tak terlalu berat.

“Peminat pun dah kenal, jadi saya nak beri peminat karya yang mampu buktikan kemampuan vokal dan bakat sebenar saya,” katanya.

Harris juga tidak kisah kritikan gaya nyanyian dan suaranya persis penyanyi terkenal, Faizal Tahir yang juga salah seorang pencipta lagu tersebut, malah dia bangga apabila disamakan dengan yang menjadi idolanya itu.

“Jika ada sedikit tempias identiti Faizal yang terlekat pada lagu saya, itu seperti satu tuah dan bukan masalah besar bagi saya,” katanya.

Bahkan, penyanyi yang berwajah persis bekas anggota One Direction, Zayn Malik itu mengakui sangat mengagumi bakat seni yang ada pada Faizal selain bercita-cita mengikut jejak langkah pelantun lagu Assalamualaikum itu.
InstaForex
Powered by Blogger.