Berita Terkini
recent

Harapan Noorkumalasari

Kehilangan superstar Anita Sarawak memasuki episod baru apabila penyanyi itu dikhabarkan menghubungi kakaknya, tiga minggu lalu.

Ujar adiknya, Noorkumalasari Mohd Taib, 61, biarpun Anita tidak menghubungi, namun khabar itu sedikit sebanyak melegakan hatinya.

"Kak Nita beritahu dia sihat bersama abang Mahadir dan banyak travel dari sebuah negara ke sebuah negara kerana kerja suaminya itu.

"Sebelum ini ada juga yang beritahu nampak kak Nita di Singapura, tapi sejauh mana kebenarannya tidak pula saya ketahui.

"Saya harap dengan perkhabaran terbaru ini, orang tidak akan bertanya lagi di mana Anita Sarawak," ujarnya ketika ditemui di majlis tayangan program Salam Ramadan Kosong Kosong Astro di Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun jauh di sudut hati Noorkumalasari atau mesra di sapa dengan panggilan Kak Nor, dia berharap Anita dapat menghubunginya.

"Sejujurnya saya berharap dapat memeluk dia dan dapat melihat dia sihat di depan mata sudah cukup bersyukur buat saya.

"Saya juga ingin meminta maaf andai ada tingkah atau perkataan yang pernah saya katakan telah melukakan hatinya. Apa yang saya harapkan silaturahim kami tidak akan terputus begitu sahaja.

"Biarpun sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya mengapa dia tidak lagi menghubungi saya selepas mengambil keputusan pulang ke Vegas beberapa tahun lalu," jelasnya.

Berkongsi hubungannya dengan Anita sebelum ini, Noorkumalasari berkata, hubungan mereka rapat dan Anita sendiri sering menghubunginya.

"Kami pernah berbual di telefon sehingga dua jam ketika dia masih di sini. Berkongsi segala rasa dan masalah.

"Dan saya harapkan momen itu akan berulang lagi suatu hari nanti," katanya yang baru selesai membintangi telefilem Pintu No 9 yang mengangkat kisah bapanya yang juga pelakon legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarhamah ibunya Siput Sarawak.

Berkongsi penglibatannya dalam telefilem Pintu No 9, Noorkumalasari berkata, dia bersetuju membintangi telefilem tersebut kerana ia membawa sendiri kisah ibu dan bapanya.

"Haji Zeel beritahu saya tiada siapa yang lebih layak membawakan karakter ibu saya melainkan saya sendiri. Selepas mendapat kebenaran suami, saya bersetuju untuk kembali berlakon.

"Tapi telefilem ini bukan comeback saya, sebaliknya saya hanya berlakon hanya untuk telefilem ini," jelasnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.