F Gunung Etna meletus, 10 cedera | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Gunung Etna meletus, 10 cedera

Kira-kira 10 orang termasuk saintis, pelancong dan kru saluran berita stesen TV cedera selepas gunung berapi Etna di Sicily meletus dan memuntahkan lava secara tiba-tiba, kelmarin.

Agensi berita Ansa melaporkan, empat termasuk tiga pelancong warga Jerman dirawat di hospital akibat kecederaan pada kepala.

Ahli vulkanologi di Institut Gunung Berapi dan Geofizik Kebangsaan, Marco Neri berkata, insiden itu berpunca daripada letusan freatik yang bergerak pantas di atas salji, sekali gus menghasilkan tekanan kuat.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan, seramai 35 pelancong berada di sekitar kawasan gunung berapi terbabit ketika insiden itu berlaku.

Difahamkan, Etna telah meletus sejak beberapa hari lalu dan membebaskan debu tebal, namun letusan tersebut tidak menjejaskan operasi lapangan terbang di Catania dan aktiviti penduduk setempat.
InstaForex
Powered by Blogger.