F Gong Yoo Mohon Maaf Kepada Ibu Ketika Terima Anugerah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Gong Yoo Mohon Maaf Kepada Ibu Ketika Terima Anugerah

PELAKON Gong Yoo memohon maaf kepada ibunya kerana jarang dapat pulang ke kampung untuk melawat dan bertanya khabar.

Gong Yoo meluahkan perasaannya itu menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Baeksang Awards yang berlangsung baru-baru ini.

Pelakon drama bersiri Goblin itu juga dilihat menitiskan air mata apabila bercakap mengenai ibunya.
"Saya sangat sibuk dengan jadual penggambaran dan aktiviti promosi sehingga ibu saya mengadu dia kecewa dengan saya kerana jarang melawatnya.

"Saya akui tidak melayannya dengan baik dan saya minta maaf. Saya harap ibu akan sentiasa sihat," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.


ot;1" />
Powered by Blogger.