F Filem Terakhir Robin Williams Bakal Ditayangkan Di AS | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Filem Terakhir Robin Williams Bakal Ditayangkan Di AS

FILEM terakhir mendiang Robin Williams akhirnya bakal ditayangkan di pawagan Amerika Syarikat selepas ia terlebih dahulu dilancarkan di United Kingdom, dua tahun lalu.

Karya berjudul Absolutely Anything itu sempat disiapkan tiga minggu sebelum Robin ditemui mati akibat membunuh diri pada Ogos 2014.

Menerusi filem animasi itu, Robin meminjamkan suaranya untuk watak Dennis iaitu seekor anjing yang boleh bercakap.

Selain Robin, filem itu turut menampilkan suara Simon Pegg, Kate Beckinsale, Terry Jones dan John Cleese.

Robin ditemui mati di kediamannya di Tiburon, California pada usia 63 tahun.


ot;1" />
Powered by Blogger.