Berita Terkini
recent

Fasha Sandha Nekad Saman Penganjur, Pihak Ketiga

Menerusi laman Instagram miliknya, aktres Fasha Sandha hari ini memberitahu beliau tidak akan membuat sebarang sidang media berhubung insiden pertelingkahan dengan seorang selebriti popular, yang tercetus sekitar minggu lalu.

Menurut Fasha, pihak penganjur majlis pertunjukan fesyen berkenaan telah memohon maaf kepadanya namun beliau nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukannya.

Tegasnya lagi, dia tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di dalam laman instagramnya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaannya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut.

Berikut adalah kenyataan penuh yang ditulis Fasha berhubung insiden tersebut,

Salam Dari saya,
Saya memberikan kenyataan akhbar ini dengan lebih awal kerana saya tidak bercadang mengadakan sebarang PC berhubung perkara ini.
Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya.

Saya TIDAK PERNAH sama sekali MENULIS NAMA SESIAPA di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.

Laman insta saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga TIDAK PATUT TERASA jika pihak ketiga tersebut TIDAK melakukan perkara tersebut.

Mana-mana pihak yang menyatakan bahawa saya telah memfitnah bahawa saya telah memburukkan dan mencemarkan jenamanya, saya akan keluarkan saman malu dan saya sedikit pun TIDAK TAKUT. Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak BENAR, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang TIDAK MASUK AKAL.

Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya.
Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi TIDAK BERJAYA. Negara kita ada undang-undang.
Selepas ini pihak ketiga tersebut itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya TIDAK AKAN memberikan apa2 lagi komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada PEGUAM saya.

Saya mengangap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan KURANG MATANG.

Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan segala hak saya di bawah undang-undang.

Terima kasih.

Nur Fasha Sandha
Australia

Terdahulu, laporan media tempatan menyebut, Fasha dikatakan telah dihalau daripada menghadiri majlis pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 oleh pihak penganjur kononnya atas arahan seorang selebriti wanita, pada 10 Mei lalu.

Bagaimanapun pada 12 Mei lalu, selebriti tersebut telah mengadakan sidang media bersama pihak penganjur yang mana antaranya beliau meluahkan rasa kesal dan terkilan dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Fasha. Tambah seleriti itu, tuduhan buruk terhadap dirinya telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.