F Faezah Elai Tak Mahu Anak Jadi Poyo | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Faezah Elai Tak Mahu Anak Jadi Poyo

Aktres wanita, Faezah Elai semenjak bergelar ibu sudah kurang dilihat di kaca TV dengan lakonan-lakonan mantapnya.

 Faezah Elai atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai anak kelahiran Pulau Pinang ini kini mungkin memperlahankan kerjaya seninya untuk memberikan lebih tumpuan kepada suami dan dua orang anaknya yang sedang membesar itu.

 Bercerita mengenai anak, jika kita lihat, sekarang ini rata-rata kebanyakan artis akan membuat akaun instagram untuk anak mereka.

 Lalu apabila soalan tentang mewujudkan akaun instagram untuk anak-anaknya diajukan kepada aktres wanita ini, dia menyatakan bahawa akaun instagram milik dirinya sendiri pun dia malas untuk kemaskini.

“Tak kuasa! Instagram saya sendiri pun saya kadang-kadang malas hendak kemaskini apatah lagi untuk anak-anak. Kalau saya hendak muat naik gambar mereka pun biarlah di Instagram saya sahaja dan tidak perlulah sampai hendak buka Instagram mereka.

 “Nanti kalau mereka ada Instagram sendiri dan dikenali orang, mereka jadi ‘poyo’ pula. Biarlah mereka membesar secara normal,” katanya.

 Hasil daripada perkahwinan dengan suaminya, Heykal Hanifah yang merupakan seorang pengarah mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Dealova Heyrinna, 4, dan Aurora Heyrika, 2.

 Menurut sumber, Faezah mengatakan bahawa biarlah dia sahaja yang terlibat dalam bidang seni ini dan tidak mahu anak-anaknya untuk masuk ke dalam industri yang penuh glamor ini.

 Untuk info, Faezah memulakan karya lakonan menerusi drama bersiri siaran Astro iaitu Cinta dan keadilan. Penampilan pertama olehnya dalam bidang perfileman pula adalah menerusi filem Otai arahan Abdul Razak Mohaideen pada tahun 2007 dan kemudiannya berlakon dalam drama yang menjadi ikutan penonton suatu ketika dahulu iaitu Sutera Maya yang bersiaran di TV3 dengan memegang watak sebagai Maya Sofea.
ot;1" />
Powered by Blogger.