F Enggan Jamah Udang Kukus Sebab Gout | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Enggan Jamah Udang Kukus Sebab Gout

Bintang Running Man, Kim Jong Kook mendedahkan dia menghidap penyakit gout kerana mengambil terlalu banyak protein semasa bersenam, menyebabkan dia menderita selama dua tahun.

Baru-baru ini ketika tampil dalam rancangan TV Chosun, Let's Go With Mom, selebriti berusia 41 tahun ini membuka mulut mengenai kesihatan dirinya selepas enggan memakan udang kukus.

"Saya mempunyai gout. Ini kerana saya makan terlalu banyak protein semasa saya bersenam," jelas Jong Kook.

Gout adalah sejenis arthritis. Ia boleh menyebabkan serangan secara tiba-tiba mengakibatkan rasa sakit, kekejangan dan bengkak pada sendi, biasanya pada ibu jari kaki.

"Saya menderita selama 2 tahun kerana saya tidak menyedari bahawa ia adalah gout. Saya hanya fikir saya menyakiti diri sendiri. Doktor saya telah tersilap. Dia hanya mengukur tahap asid urik dan menyatakan bukan gout, tetapi nampaknya kita boleh mendapatkan gout disebabkan kolesterol yang tinggi, "katanya lagi.

Rancangan Lets Go With Mum memaparkan Jong Kook dan ibunya pergi bercuti di Vietnam. Program tersebut berkonsepkan ikatan antara seorang anak dan seorang ibu.

Dalam pada itu pelantun lagu hit, Loveble, ini mengaku beliau tetap meluangkan masa bersama ibunya meskipun sibuk dengan kerja.

"Saya selalu membawa ibu saya bercuti. Ibu saya menghidap kanser payudara dan dia terpaksa menjalani pembedahan. Ketika itu saya fikir, 'Ibu bapa saya tidak akan menunggu untuk saya.'

"Sejak itu, saya bertekad untuk melakukan segala-galanya bersama-sama dengan dia," katanya.

"Saya sakit sebelum ini. Dia menyangka ibunya akan mati. Sekarang dia sentiasa membawa saya bersama-sama untuk bercuti dan kerana dia, saya berkesempatan melancong, dengan baik," kata ibu Jong Kook.

ot;1" />
Powered by Blogger.