Berita Terkini
recent

Elly Mazlein Tiada Masa Untuk Bercinta

Penyanyi dan pelakon wanita, Elly Mazlein kini kembali mendapat perhatian daripada peminat semenjak bercerai dengan bekas suami.

Bagi Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi, ikatan perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan ianya perlu dihebahkan agar mendapat doa yang baik-baik daripada orang ramai.

Elly juga berkata bahawa sekiranya dia dipertemukan jodoh, dia tidak akan merahsiakan soal jodohnya itu daripada pengetahuan ramai.

“Sekiranya saya ditakdirkan bertemu jodoh nanti saya akan maklumkan kepada semua dan tidak akan menyorokkan mengenai perkara yang baik.

“Saya akan kongsi berita baik itu kerana inginkan doa dan restu daripada semua orang,”

Kata Elly, 37, dia masih belum bersedia untuk bercinta dan dirinya kini hanya memberi sepenuh perhatian terhadap anak perempuannya, Putra Sara Sefhia yang kini berusia setahun dan bapanya.

“Buat masa sekarang konsep saya adalah tidak kepada bercinta kerana fokus saya kini adalah kepada anak dan bapa saya.

“Malah karier saya pun baru sahaja kembali rancak dan jadual pun sangat padat, jadi tiada masa untuk soal percintaan.

“Tetapi sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari daripada ketentuan Allah. Mana tahu esok lusa saya bertemu jodoh?,”

Untuk info, Elly berkahwin dengan Azmi Hatta yang merupakan seorang pengarah pada 9 November 2014 namun jodoh mereka tidak panjang dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil daripada perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Dalam bidang kariernya pula sebagai seorang penyanyi, baru-baru ini Elly telah menjuarai pertandingan Super Karoks Kool FM bersama pasangannya Zul 2by2 yang mengelarkan kumpulan mereka dengan nama ‘Apoo’.

Dengan kemenangan ini, mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi setelah meraih undian tertinggi berbanding kumpulan lain. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.