F Elica Juara Mentor Milenia 2017, Raih RM100,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Elica Juara Mentor Milenia 2017, Raih RM100,000

Protege Akim, Angelica Paujin atau Elica muncul juara program realiti, Mentor Milenia 2017 menewaskan tiga peserta lain pada pusingan akhir di Sri Pentas 2, Plaza Alam malam tadi.

Menerusi laporan BH online, kemenangan Elica,17, berasal dari Tambunan, Sabah yang mendendangkan lagu Samar Bayangan dan Ceritera Cinta, menyaksikannya membawa pulang wang tunai RM100,000, trofi, telefon bimbit dan pakej percutian ke London.

Sementara Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Usop), 20, anak didik kepada Hazama pula menduduki tempat kedua dan menerima wang tunai RM50,000. Mempertaruhkan dua lagu berjudul Bayang dan Malam, persembahan Usop menerima komen positif juri tetap, Datuk Hattan dan juri jemputan, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Biarpun menduduki tempat ketiga, Mohamad Rozaimi Rosli, 20, atau Along yang juga protege Tomok, berpuas hati dengan wang tunai RM20,000 dimenanginya selepas mempertaruhkan lagu Merisik Khabar dan Memori Berkasih.

Protege kepada Black, Nur Syaheera Abd Aziz, 19, meraih tempat keempat dengan lagu Sekadar Di Pinggiran dan Di Pintu Syurga. Syeera memenangi wang tunai RM10,000.

Peserta diadili juri tetap dan jemputan yang mewakili 50 peratus, manakala selebihnya juri awam sebanyak 30 peratus dengan baki undian penonton. Peserta akhir Mentor Milenia 2017 membuat dua persembahan solo dan duet dengan penyanyi jemputan antaranya Siti Nordiana, Misha Omar, Hael dan Salma.

Konsert akhir itu turut mengundang kumpulan dari Indonesia, Nidji yang tampil dengan lagu Biarlah dan Bila Bersamamu.
ot;1" />
Powered by Blogger.