Berita Terkini
recent

Elfira Berjaya 'Kenakan' Sufian

Rancangan Elfira Loy, 23, mahu memberi kejutan kepada teman baiknya Sufian Suhaimi sempena hari lahirnya yang ke-25 penyanyi itu yang disambut semalam, dapat dilaksanakan aktres itu dengan jayanya.

Bermula dengan sarapan pagi menikmati nasi lemak di sebuah lokasi di ibu kota, akhirnya Elfira 'memperdayakan' penyanyi yang popular dengan lagu Terakhir itu menaiki helikopter dengannya kira-kira 20 minit bermula dari Titiwangsa seterusnya menikmati pemandangan ibu kota.

Kemudian Elfira mengajak Sufian menemaninya ke The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan, kononnya beliau mempunyai sesi fotografi Hari Raya di sana.

Sesi fotografi terbabit sebenarnya ialah acara sambutan hari lahir kejutan buat Sufian yang dihadiri insan rapat dengan penyanyi muda berkenaan.

"Alhamdulillah, saya berjaya juga 'mengenakan' dia (Sufian). Susah juga sebenarnya hendak mengumpulkan insan rapat dalam hidupnya di The Shorea ini. Maklumlah, kebanyakannya bukan daripada ibu kota.

"Pada majlis itu, ada teman pengajiannya dari Terengganu dan Johor. Selain mereka, majlis turut dihadiri adik-beradiknya," kata Elfira seperti yang dilaporkan BH online.

Elfira mula akrab dengan Sufian sejak dua bulan lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.