F Elfira belanja Sufian naik helikopter | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Elfira belanja Sufian naik helikopter

Penyanyi popular, Sufian Suhaimi tidak menyangka keluarganya dan pelakon, Elfira Loy ‘sanggup’ menyewa helikopter bagi meraikan ulangtahun kelahirannya hari ini.

Sufian, 25, berkata, dia juga terharu apabila mereka turut berkumpul meraikannya di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

"Pada mulanya dia mengajak saya untuk bersarapan bersama, tetapi tiba-tiba dia beritahu saya yang kami akan menaiki helikopter untuk melihat pemandangan Kuala Lumpur," katanya kepada Harian Metro.

Diminta mengulas mengenai hubungannya dengan pelakon itu, Sufian berkata, mereka selesa berkawan.

“Apa yang boleh saya katakan, kami selesa berkawan. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan, kesihatan, rezeki dan karier saya.

"Ini adalah hadiah paling bermakna buat saya apabila dapat meluangkan masa dengan keluarga saya," katanya.

Elfira pula ketika dihubungi berkata, dia sendiri melayan Sufian dengan baik kerana hubungan rapat mereka.

"Buat masa sekarang, Sufian adalah teman rapat saya. Kepada peminat yang doakan hubungan kami, terima kasih saya ucapkan," katanya.

Sebelum ini pelakon dan penyanyi ini digosipkan bercinta namun kedua-duanya menafikannya.
ot;1" />
Powered by Blogger.