Berita Terkini
recent

Dua hospital di Indonesia diserang "ransomware"

Sekurang-kurangnya dua hospital utama di Indonesia diserang serangan siber "ransomware" yang menjangkiti komputer di seluruh dunia.

Hospital Dharmais dan Hospital Harapan Kita di Jakarta dijangkiti "ramsomware","kata Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi dan Maklumat, Semuel Pangerapan.

"Usaha untuk mengenalpasti pelayan yang dijangkiti sedang dijalankan untuk mengelakkan (ransomware) daripada merebak," katanya, sambil menambah kementerian sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa lain, termasuk Kementerian Kesihatan, untuk menyelesaikan masalah ini.

Pengodam siber memperdaya mangsa membuka lampiran malware menerusia e-mel spam yang kelihatan mengandungi invois, tawaran kerja, amaran keselamatan dan fail lain yang sah.

Ransomware yang menjejaskan data pada komputer, menuntut bayaran sebanyak US $ 300 kepada US $ 600 untuk memulihkan akses.


Serangan dipercayai telah dibangunkan oleh Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat, telah menjangkiti beribu-ribu komputer di lebih 100 buah negara.

"Ini adalah begitu kejam," Presiden-Pengarah Hospital, Abdul Kadir.

Kadir memberitahu Reuters, hampir semua komputer seluruh hospital terjejas, mengunci sistem IT termasuk rekod ubat pesakit dan bil.

Hospital sedang memasang semula sistem sandaran pada komputer dan pelayan dan menjangkakan kelewatan operasi hospital tanpa operasi IT.

Di peringkat global, hospital, syarikat dan universiti terjejas dengan Britain menyaksikan negara paling teruk terjejas  dimana hospital terpaksa menolak pesakit dan membatalkan janji temu selepas serangan siber berkenaan melumpuhkan sebahagian sistem komputer perkhidmatan kesihatan kendalian negara itu.

Kementerian komunikasi Indonesia menasihatkan pengguna komputer untuk membuat sandaran data  dan mengemas kini keselamtan sebelum  menyambung ke internet.
Powered by Blogger.