Berita Terkini
recent

Dikritik Sampai Alami Tekanan Mental

Bekas anggota kumpulan 2AM, Jo Kwon mengakui mengalami tekanan mental apabila sering menjadi mangsa kritikan netizen terhadap dirinya.

Perkara yang dianggap sebagai buli dan menjejaskan kerjayanya itu akan diambil tindakan undang-undang.

"Hallo, saya Jo Kwon, saya selalu berusaha untuk tidak peduli tentang komen negatif orang ramai terhadap saya. Namun, hari ini saya ingin mendedahkan bahawa saya mengalami tekanan mental disebabkan perkara itu.

"Ada banyak komen buruk di internet yang dikirimkan kepada saya dan teman-teman rapat saya termasuk penghinaan yang melampaui batas.

"Saya telah ambil simpan beberapa bahan bukti dan membuat laporan terhadap individu berkenaan serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Jadi tolong hentikan," tulisnya di Instagram.

Surat amaran ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat untuk Jo Kwon.
Powered by Blogger.