F Dikritik Kerana Gayakan Rekaan Pereka Anti-Yahudi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Dikritik Kerana Gayakan Rekaan Pereka Anti-Yahudi

Penyanyi Katy Perry dikritik apabila menggayakan busana rekaan John Galliano ketika berjalan di karpet merah pada acara The Met Gala 2017, Isnin lalu.

Penyanyi lagu Fireworks ini dituduh menyokong John Galliano yang sebelum ini pernah didenda oleh mahkamah di Paris selepas mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Yahudi.

Pada tahun 2011, John Galliano dikecam berikutan menghina seorang berbangsa Yahudi dan menyatakan dirinya sebagai penyokong Hitler. Bagaimanapun, pereka fesyen itu dikatakan melakukan perkara berkenaan dalam keadaan mabuk.

"Ya Tuhan, kenapa dia mengayakan busana yang direka oleh seorang yang anti-Yahudi. Saya harap Katy Perry membawa pakaian lain," ujar salah sorang netizen.

Sehingga kini, Katy Perry belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap perkara itu.
ot;1" />
Powered by Blogger.