Berita Terkini
recent

Dikecam Gara-gara Guris Hati Orang Kulit Hitam

Bintang siri Game of Thrones, Sophie Turner dikecam hebat berikutan kata-katanya dalam sebuah video mengguris hati warga kulit hitam.

Meskipun perkataan yang disebut pelakon berusia 21 tahun itu kurang jelas, ia mengundang kemarahan netizan.

Enggan membiarkan isu itu semakin panas, Sophie yang juga kekasih penyanyi terkenal Joe Jonas tampil menjelaskan dia tidak menghina mana-mana kaum bahkan perkataan yang disebutnya tidak ditujukan kepada golongan tertentu seperti didakwa netizen.

“Saya menggunakan perkataan ‘motherf***ers’ dalam video terbaru yang dimuat naik di Instagram story dan ia bukan berbaur perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak cuba menangguk di air yang keruh dengan sengaja memutarbelitkan fakta. Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak pernah menghina mana-mana pihak atau kaum,” katanya.

Khabar angin itu mula hangat diperkatakan selepas rakannya, DJ Brendan Fallis memuat naik video Sophie dan Jonas ketika berada di gimnasium di Instagram.

Menerusi video itu, Brendan mengalu-alukan kedatangan Sophie dan Joe ke tempat berkenaan.

Sophie kemudian membalas usikan Brendan namun kata-katanya kedengaran kurang jelas dan dianggap menghina kaum kulit hitam oleh netizen sehingga mencetuskan perdebatan hebat.

Menerusi beberapa komen pengguna Twitter, mereka menzahirkan rasa kecewa kerana tidak menyangka Spohie tergamak menyentuh isu perkauman.

Namun begitu, ramai peminat mempertahankan pelakon terbabit kerana tahu perkataan sebenar yang disebutnya.

ot;1" />
Powered by Blogger.