Berita Terkini
recent

Dazrin Selamat Bernikah Dengan Ketua Pramugari

Pelakon Dazrin Kamarudin selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan dengan gadis pilihannya, Nur Fazulin Razali di sebuah hotel, di Melaka, pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Utusan, dengan sekali lafaz, bekas juara Fear Factor Malaysia musim satu itu sah menjadi suami kepada gadis berasal dari Cheras, Kuala Lumpur yang juga seorang Ketua Pramugari sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Razali Din dengan mas kahwin RM500 dengan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya pada majlis yang berlangsung kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kedua-dua pengantin memakai persalinan warna `Rose Golden’ dengan hantaran sebanyak tujuh dulang bagi pihak pengantin perempuan dan berbalas sembilan oleh keluarga pengantin lelaki.

Majlis itu turut disaksikan kira-kira 200 tetamu terdiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai selain rakan artis.
Powered by Blogger.