F Datang ke Parti Prom, Keluar Dari Kereta Dalam Keranda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Datang ke Parti Prom, Keluar Dari Kereta Dalam Keranda

Seorang gadis cantik, Megan Flaherty, menjadi bualan hangat umum sekaligus menjadi tular baru-baru ini gara-gara membuat satu kejutan.

Pelajar berasal dari New Jersey ini bikin para hadirin di sebuah parti prom tercengang kerana dia datang ke acara tersebut dengan gaya keluar dari kereta dalam keranda.

Megan yang selama ini dikenali sebagai seorang pelajar yang pendiam berjaya menukar suasana pesta prom sekolahnya menjadi penuh dramatik apabila tiba-tiba membuat kemunculan dalam 'peti mati'.



Bagaimanapun, pasangan Megan pada malam itu khabarnya tidak terlalu terkejut sebaliknya mempamer reaksi tenang saat mendampingi gadis itu.

"Saya memastikan dulu bahwa pasangan prom saya okay dengan dengan cara yang akan saya lakukan," jelas Megan seperti yang dilaporkan Mirror.

"Saya merasakan teman-teman saya yang lain tidak akan terkejut. Saya seorang yang pendiam di sekolah jadi mereka tak akan menyangka apa yang saya akan lakukan," tambahnya.



Rupanya kehadiran dramatis Megan di dalam sebenarnya bukan sekadar untuk suka-suka saja. Gadis ini melakukannya kerana mahu menunjukkan keseriusannya terhadap bidang pemakaman.

Selepas lulus High School, Megan akan melanjutkan pelajaran dalam bidang pemakaman. Itu merupakan impiannya sejak kecil lagi.

"Dia sangat berminat pada bidang pemakaman. Menurutnya pemakaman adalah perkara yang sangat berharga dan pekerjaan yang terhormat," tutur ibu Megan.
InstaForex
Powered by Blogger.