F Dapat Izin Kahwin di Westminster Abbey | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Dapat Izin Kahwin di Westminster Abbey

Walaupun berstatus janda, namun pelakon drama Suit, Meghan Markle dibenarkan melangsungkan perkahwinan di dalam gereja bersejarah dunia iaitu Westminster Abbey yang terletak di London.

Aktres berusia 35 tahun itu bakal berkahwin dengan kekasihnya Putera Harry, 32, tidak lama lagi.

Memetik laporan Express, jurucakap Abbey telah mengesahkan perkara tersebut.

"Mengikut undang-undang Ketetapan General Synod tahun 2002, bagi orang-orang yang bercerai dibenarkan untuk berkahwin di Gereja England", kata jurucakap berkenaan.

Tambahnya, walaupun bapa Meghan dilaporkan seorang Yahudi namun tidak menjadi masalah untuk dia menjalani perkahwinan "antara agama" bersama bakal pemengang kelima tahkta United Kingdom itu.

Prince Harry dan Meghan telah menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.

Sekiranya Putera Harry melamar dan melangsungkan perkahwinan di Westminster Abbey, beerti oasangan ini mengikut jejak langkah Permaisuri dan Putera Philip, Puteri Diana dan Putera Charles juga Putera William dan Kate Middleton.

Meghan sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit filem dan TV terkenal, Trevor Engelson pada September 2011. Kemudian mereka rasmi bercerai pada Ogos 2013. Mereka juga tidak mempunyai anak bersama-sama.

Powered by Blogger.