F Dafi hiburkan 1,000 penduduk Orang Asli | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Dafi hiburkan 1,000 penduduk Orang Asli

LEBIH 1,000 penduduk Orang Asli Pos Brooke di sini teruja dengan kehadiran penyanyi popular, Dafi yang juga anak kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada program bersama masyarakat tersebut di padang Jakoa, semalam.

Pada majlis tersebut, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi menghiburkan penduduk dengan tampil menyanyikan lagu berjudul Ketahuan daripada Kumpulan Matta, termasuklah dua lagu popularnya,  Bila Terasa Rindu dan Girl.

Pada tahun 2010, ketika PRK Galas, Ismail Sabri pernah berjanji ingin membawa anaknya berjumpa komuniti Orang Asli di Pos Brooke sekiranya BN memenangi kawasan itu.

Seorang penduduk wanita Orang Asli, Chumoi Kantin,  26, berkata, impian penduduk kampung selama ini yang ingin bertemu penyanyi popular itu menjadi kenyataan selepas sekian lama menanti.

Katanya,  penduduk kampung begitu meminati penyanyi berkenaan sejak dia memasuki pertandingan realiti popular itu.

“Saya masih ingat janji bapanya yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membawa anaknya ke sini. Kami penduduk Orang Asli gembira kerana janji tersebut ditepati,” katanya.

Sementara itu Dafi memaklumkan kepada masyarakat Orang Asli bahawa dia begitu teruja apabila dapat berjumpa dan menghiburkan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman.

Katanya, dia gembira apabila dapat menunaikan janji bapanya kepada masyarakat Orang Asli dan akan kembali lagi ke kawasan ini jika ada kesempatan.
ot;1" />
Powered by Blogger.