F ChoA Tinggalkan AOA Untuk Berehat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

ChoA Tinggalkan AOA Untuk Berehat

PENYANYI ChoA mengesahkan dia mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang aktiviti bersama kumpulannya iaitu AOA.

Koreaboo melaporkan perkara itu turut didedahkan oleh syarikat pengurusannya FNC Entertainment selepas khabar angin mengenai perkara itu mula menjadi bualan peminat.

Peminat mula bercakap mengenai kedudukan ChoA selepas penyanyi itu dilihat beberapa kali tidak menghadirkan diri pada acara melibatkan AOA.

Ahli lain kumpulan itu, Yuna turut memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen daripada lirik lagu mereka, Ending Scene.

"Saya maksudkannya. Kamu ada hak untuk gembira," antara bait lirik lagu itu yang dipercayai ditujukan kepada ChoA.


InstaForex
Powered by Blogger.