F Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria

Saluran Astro Ceria buat pertama kali memperkenalkan Cheek-e! sebagai maskot rasmi saluran itu selepas hampir sedekad menceriakan kanak-kanak dengan pelbagai rancangan menarik.

Pengurus Saluran Astro Ceria Marissa Hanafi berkata, maskot comel berwarna biru itu diangkat sebagai maskot rasmi Astro Cerita kerana ia bersesuian dengan saluran terbabit dan dekat di hati kanak-kanak.

“Jika selama ini Astro Ceria membawa watak animasi popular dalam setiap acara kami, kali ini kami mahu memperkenalkan maskot sendiri kepada penonton.

“Sebenarnya idea menghasilkan maskot Astro Ceria sudah dibincangkan sejak tahun lalu. Bagaimanapun, selepas melalui perbincangan dengan beberapa pihak kami akhirnya berjaya mencipta Cheek-e!,” katanya.

Lebih menarik, Cheek-e! juga bakal mempunyai empat lagi rakan karib yang akan bersama-sama mewarnai saluran ini menerusi pertandingan melukis ‘Cipta Kawan Cheek-e! yang dilancarkan baru-baru ini.

Pertandingan yang mendapat sokongan Kementerian Pendidikan dan terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia berusia empat hingga 14 tahun dilancarkan pada 8 Mei lalu.

Menerusi pertandingan itu, peserta hanya perlu mereka dan menghasilkan watak baru yang akan dipadankan dengan karakter sedia ada.

Watak kartun yang dinilai dan dipilih sebagai juara akan digunakan secara meluas dalam program dan platform digital Astro Ceria.

Marrisa berkata, pertandingan melukis dan mencipta rakan Cheek-e! ini dapat mencungkil bakat terpendam kanak-kanak selain berpeluang memilih watak terbaik kepada rakan Cheek-e! melalui hasil sentuhan kanak-kanak ini.

“Kami percaya penonton cilik ini lebih tahu apa yang mereka mahukan. Oleh itu, kami memberi kebebasan kepada mereka untuk menentukan imej rakan Cheek-e!.

“Penganjuran pertandingan ini bukan saja dapat mencungkil bakat melukis kanak-kanak, malah menggalakkan mereka untuk berimaginasi tinggi dan bermain dengan kreativiti masing-masing.

“Dalam usaha mencari empat kawan Cheek-e!, kami akan menjelajah ke 19 sekolah rendah terpilih sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sarawak.

“Selain itu, kami juga mengalukan-alukan penyertaan terbuka kepada kanak-kanak dengan memuat naik contoh lukisan yang berlakaran badan kawan Cheek-e melalui laman rasmi wwww.astro.com.my/cheeke.

Bagi 10 penyertaan terbaik, lukisan peserta akan dinilai pengacara popular, Hanis Zalikha bersama empat lagi juri profesional lain.

Menariknya, empat watak paling menarik bakal menerima hadiah sebuah Samsung Galaxy Tab A setiap seorang.

Selain itu, enam pemenang tempat kedua pula akan menerima kamera Polaroid Fujifilm Instax Mini 8 dan 30 pemenang lain akan menerima satu set Lego Classic 10703 Creative Builder Box.
InstaForex
Powered by Blogger.