F Cerewet Demi Kebaikan Diri Sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Cerewet Demi Kebaikan Diri Sendiri

Pelakon Zara Zya menafikan sekeras-kerasnya pengalaman pernah gagal dalam percintaan satu ketika dulu bukan penyebab dia enggan bercinta lagi.

Memetik laporan Utusan, wanita berusia 32 tahun ini berkata, dia sentiasa terbuka menyambut salam perkenalan dengan kaum Adam. Bagaimanapun proses untuk berkenalan secara rapat itu tidak semudah yang disangka. Banyak yang perlu dipertimbangkan.

"Saya masih ada lagi punya keinginan lagi untuk berkahwin, ada keluarga dan mempunyai anak. Apatah lagi pada usia sebegini, ramai kawan-kawan sebaya sudah ada kehidupan sendiri.

"Tapi nak buat macam mana, saya masih belum lagi bertemu dengan lelaki yang benar-benar meyakinkan. Nak hidup sama-sama susah senang dengan seseorang ini ingat senang ke?

"Nanti salah langkah, saya juga yang akan menanggung penyesalan kemudian hari. Jadi tidak salah kalau saya cerewet memilih calon suami demi kebaikan diri sendiri.

"Sebab itu saya tidak kisah kalau orang luar nak cakap apa pun. Langsung tidak memberi apa-apa impak buat diri saya,” katanya.

Dek terlalu selesa dengan zon selamat pada usia 32 tahun itu, Zara kemudiannya diterpa spekulasi yang mendakwa konon-kononnya Zara sudah pun menutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

"Kalau orang nak label saya yang bukan-bukan pun saya terima. Suka hati mereka nak cakap apa. Saya tak boleh nak buat apa-apa," tuturnya menepis tanggapan liar itu.

Enggan membuang masa, Zara mengambil keputusan untuk tidak menyasarkan lagi isu perkahwinan sebaliknya percaya kepada ketentuan jodoh yang ditetapkan oleh-Nya.

Lantas pemikiran Zara tertumpu kepada perjalanan kerjaya dan bekerja dengan lebih kuat demi mencari rezeki lebih untuk kebaikan dirinya pada masa akan datang.

"Desakan untuk segera berkahwin itu datangnya daripada peminat. Apabila saya memuat naik gambar bersama kanak-kanak dan berkongsi menu masakan di laman sosial, mereka kata saya ada ciri-ciri seorang isteri dan ibu.

"Sedangkan bagi pihak keluarga saya sendiri langsung tidak memberi tekanan. Tak tanya apa-apapun. Mereka tahu yang saya ini jenis fokus satu persatu. Sekarang ini, adalah masa bekerja.

"Saya kini sedang mengusahakan perniagaan sendiri. Ada banyak produk yang perlu dijaga di bawah rangkaian Zara Zya by Zara Zya yang saya usahakan sejak beberapa tahun kebelakangan.

"Jadi tidak mengapa kalau saya berkorban masa untuk tidak lagi bercinta buat sementara waktu. Lainlah kalau dah ada seseorang nanti,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan seni, Zara baru selesai penggambaran drama berjudul Hola Hermosa (Hai Perempuan Cantik) di Mexico.

Terkini, dia sedang menjalani penggambaran drama bersiri My Sweet Lavender bersama-sama Aeril Zafrel untuk TV3.

InstaForex
Powered by Blogger.