F Catriona Ross Bakal Lancar Buku Tip Kurus | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Catriona Ross Bakal Lancar Buku Tip Kurus

Sejak berpenampilan semakin langsing, aktres Catriona Ross mengakui banyak menerima banyak mesej dari peminat yang bertanya dan meminta tip kurus darinya.

Disebabkan terlalu sibuk dan tidak dapat menjawab pertanyaan mereka satu-persatu, Catriona atau Cat bercadang untuk menulis buku mengenai tip dan aktiviti dilakukannya sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram dalam masa lima bulan.

Kata Cat, ada yang menghantar mesej di Instagram dan ada juga yang meminta tip menerusi e-mel. Bagaimanapun dia tidak dapat menjawab satu per satu pertanyaan mereka kerana sibuk dengan keluarga dan anak.

“Saya berharap dengan terhasilnya buku itu, ia dapat membantu individu yang ingin menurunkan berat badan. Ini adalah usaha saya sendiri dan saya sudah mula menulis sikit-sikit. Mungkin akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Cat juga menafikan penurunan berat badannya disebabkan melakukan proses sedut lemak atau dibantu produk pelangsingan.

Dia menegaskan hanya mengamalkan pemakanan sihat dan menyertai aktiviti mendaki. Antara makanan yang menjadi pilihannya sepanjang tempoh diet adalah beras perang dan sup sayur serta lauk yang dimasak tanpa menggunakan minyak.

Dalam pada itu, Cat berkata dia gembira kerana sejak kurus dia dipilih menjadi duta produk kecantikan dan menerima banyak tawaran berlakon.

Katanya, tiga tahun menyepi tidak sangka namanya masih diingati dan masih menjadi pilihan pengarah.

Powered by Blogger.