Berita Terkini
recent

Buku #99KataKata Qalif Moden Dapat Anugerah

Meskipun menerima kecaman hebat ketika mula-mula bukunya yang bertajuk #99KataKata Qalif Moden dilancarkan beberapa bulan lalu, namun pelakon Fattah Amin kini boleh berbangga kerana buku insiprasinya itu menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017, baru-baru ini.

Memetik laporan Utusan online, Fattah, 27, menerusi laman sosial Instagramnya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang menyokong buku tersebut biarpun dilanda kontroversi.

“Alhamdulillah, sesungguhnya semua yang baik itu datang dari Allah.

“Semua ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan yang bertali-arus dari semua peminat-peminat saya. Tanpa anda semua, perjalanan saya akan terasa lebih jauh.

“Dengan sokongan kalian, saya melalui hari-hari dengan mudah dan menjadikan diri saya lebih positif dalam mengharungi cabaran,” tulisnya.

Dalam anugerah tersebut, Fattah merupakan satu-satunya calon yang merupakan seorang artis popular yang memenangi kategori itu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.