Berita Terkini
recent

Bukan Pasangan Kekasih

Pengacara dan pelawak popular Zizan Razak mengaku selesa berkawan dengan Mira Filzah namun menegaskan mereka bukan pasangan kekasih.

Memetik laporan Harian Metro, Zizan berkata, dia tahu ramai peminat membuat andaian mereka sedang menjalin hubungan istimewa.

Bagaimanapun katanya, hubungan persahabatan antara dia dan pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu kekal terjalin sehingga kini sejak mereka sama-sama mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH tahun lalu.

"Sebagai selebriti, saya tidak boleh lari daripada andaian orang. Malah apa saja tanggapan peminat mengenai hubungan saya dengan mana-mana wanita, itu di luar kawalan saya.

"Sebelum ini saya berkawan rapat dengan beberapa artis, malah ada yang tidak rapat pun kami dianggap ada hubungan.

"Begitu juga dengan Mira. Saya mula mengenalinya ketika sama-sama mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH tahun lalu dan kami berkawan sampai hari ini.

"Apa yang boleh saya katakan, saya selesa berkawan dengan Mira dan orangnya pun baik,” katanya.

Sementara itu, Mira menjelaskan hanya menganggap Zizan sebagai kenalan artis meskipun peminat mendoakan mereka bercinta.

"Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai satu trend apabila gandingan kami dalam telefilem terbitan Astro nampak serasi.

"Soal jodoh saya serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan siapa bakal suami saya nanti,” katanya.
Powered by Blogger.