F Bukan Kekasih Tapi Kawan Lama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Bukan Kekasih Tapi Kawan Lama

Penyanyi remaja sensasi, Aiman Tino tidak menyangka sekeping foto kenangan dia bersama seorang gadis yang tersebar baru-baru ini telah disalah anggap.

Memetik laporan BH online, penyanyi berusia 19 tahun ini menjelaskan, gadis berkenaan sebenarnya merupakan rakan perempuannya dan gambar tersebut itu dirakam ketika gadis itu berkunjung ke kedainya.

"Sebenarnya, dia adalah teman lama saya...sebelum menceburi bidang nyanyian lagi. Dia ada datang memeriahkan persembahan dan selepas itu singgah pula ke kedai makan milik keluarga saya.

"Sudah tentu saya terkejut kerana gambar yang dirakamkan suka-suka itu disalah tafsir dan mencetuskan kontroversi. Apa pun saya enggan cepat melatah. Saya anggpa ini perkara kecil.

"Buat masa ini, saya belum ada insan istimewa di hati kerana fokus saya adalah kerjaya. Selain jadual kerja yang padat, saya juga masih muda...belum fikir hal cinta," katanya.

Gambar penyanyi yang dikenali menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu bersama seorang gadis bertudung menjadi viral di media sosial, baru-baru ini apabila ada pihak menyangka itu adalah kekasihnya.
ot;1" />
Powered by Blogger.