Berita Terkini
recent

"Buat Apa Hendak Sorok?" - Elly Mazlein

Semenjak bercerai dengan bekas suami, nama Elly Mazlein kembali menjadi perhatian malah ada sahaja kontroversi membuatkan dia bertambah meletup.

Pertemuan dengan wanita berusia 37 tahun ini tidak pernah membosankan kerana ada sahaja ceritanya tentang karier, kehidupan sebagai ibu tunggal sehingga masuk kepada kisah peribadi.

Diusik tentang perkahwinan, Elly memberitahu sekiranya dia bertemu jodoh, dia tidak akan sesekali merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum.

Katanya, ikatan perkahwinan adalah suci dan perlu dihebahkan agar mendapat doa yang baik-baik bukan sahaja daripada keluarga dan rakan-rakan tetapi peminat.

"Sekiranya saya ditakdirkan bertemu jodoh nanti saya akan maklumkan kepada semua dan tidak akan menyorokkan mengenai perkara yang baik.

"Saya akan kongsi berita baik itu kerana inginkan doa dan restu daripada semua orang," katanya.

Kata penyanyi lagu Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan itu, dia belum bersedia untuk kembali bercinta kerana fokusnya adalah kepada anak perempuannya Putri Sara Sefhia yang kini berusia setahun.

"Buat masa sekarang konsep saya adalah tidak kepada bercinta kerana fokus saya kini adalah kepada anak dan bapa saya.

"Malah karier saya pun baharu sahaja kembali rancak dan jadual pun sangat padat, jadi tiada masa untuk soal percintaan.

"Tetapi sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari daripada ketentuan Allah. Mana tahu esok lusa saya bertemu jodoh?," ujarnya.

Elly berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.