Berita Terkini
recent

Bra Terlucut, Eunjin (DIA) Tetap Menari

Salah seorang anggota kumpulan DIA, Eunjin, mengalami pengalaman memalukan apabila baju dalamnya tiba-tiba terlucut ketika sedang menari untuk lagu Will You Go Out with Me.

Memetik laporan Koreaboo, insiden itu berlaku ketika DIA membuat pada festival di Yeonsheon, minggu lalu.

Pada mulanya persembahan Eunjin bersama anggota lain tidak mempunyai masalah namun kejadian malang itu terjadi ketika di pertengahan lagu apabila para peminat mulai menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penyanyi berusia 19 tahun itu.

Baju dalam yang dipakai Eunjin berkemungkinan adalah baju dalam tanpa tali. Baju dalam berkenaan tiba-tiba terlucut. Namun ketua rapper 'DIA' itu tetap profesional dan memaperkan reaksi tenang. Dia tetap terus menari dan menyanyi.

Dalam video yang tersebar, menunjukkan Eunjin beberapa kali terlihat membetulkan bra-nya. Namun aksi itu dilakukan ketika dia tidak menghadap ke penonton dan saat dia berada di formasi belakang.

Selain Eunjin DIA dianggotai oleh Eunice, Jueun, Huihyeon, Jenny, Yebin, Chaeyeon, Eunchae dan Somyi.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.