Berita Terkini
recent

BN yakin rampas Parlimen Sungai Siput

BN yakin dapat menawan semula Parlimen Sungai Siput dari tangan pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Keyakinan tersebut disuarakan Pengerusi BN Sungai Siput, Datuk Zolkafly Harun yang mendakwa rakyat Sungai Siput sudah bosan dengan kepimpinan pembangkang.

Menurutnya, tiada pembangunan dibawa sepanjang dua penggal mereka memerintah dan ia membuatkan rakyat serik.

Tambah beliau, kebanyakan rakyat ditemui mengaku mereka tersilap memilih wakil rakyat dan mahu membetulkannya dalam pilihan raya nanti.


"Saya lihat rakyat berasa insaf kerana sudah dua penggal mereka ketinggalan dalam pembangunan. Itu sebab mereka rasa mahu menukar pimpinan kelak. Saya yakin kita boleh tawan semula Sungai Siput. Bukan sahaja kerana rakyat serik dengan mereka malah kerana kekuatan kita juga semakin bertambah.

"Parti komponen juga sudah mencapai persefahaman yang baik. Jika strateginya disusun dengan baik, saya yakin Sungai Siput akan menjadi milik BN," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.