F Blok 404 Bakal Difilemkan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Blok 404 Bakal Difilemkan

Siapa bunuh siapa? itulah persoalan besar menerusi telefilem Blok 404 satu yang pernah menjadi fenomena sekitar 14 tahun lalu.

Telefilem genre seram arahan Silver Chung ini dahulunya diedarkan dalam bentuk video cakera padat (VCD).

Antara pelakon yang ditampilkan adalah Nabila Huda, Zamarul Hisham, Raja Azrey, Allahyarham Faizal Yusof dan Allahyarham Ahmad B.

Terkini, salah seorang pelakon asal Blok 404, Boy Iman, 37, memberitahu bahawa telefilem tersebut bakal difilemkan.

“Impak cerita ini sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada?

“Insya-ALLAH kalau tiada aral melintang, ia akan dihasilkan dalam format filem dan penggambaran akan dilakukan pada bulan Mei depan. Ia juga akan mengekalkan pelakon asal seperti Nabila, Zamarul dan Raja Azrey.

“Pada mulanya saya terfikir untuk mengarahkan sendiri naskhah berkenaan, tetapi selepas dipertimbangkan semula, lebih baik saya serahkan kerja pengarahan kepada orang yang lebih pakar. Berkemungkinan besar ia akan diarahkan Azma Aizal Yusoof.

“Ia akan diterbitkan syarikat milik saya, DBI Entertainment dan produksi Ahmad Idham,” kata Boy Iman.
InstaForex
Powered by Blogger.