F Beri ruang untuk amboi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Beri ruang untuk amboi

Populariti lagu Amboi memberi ruang kepada Altimet berehat seketika sekali gus memberi peluang peminat menghayatinya.

Menurut Altimet, setiap lagu ada jangka hayatnya dan lega apabila Amboi masih menjadi siulan ramai.


“Walaupun sudah lima bulan dilancarkan, ia masih menjadi fenomena. Awalnya, tak terasa impak lagu ini tetapi lama-kelamaan momentumnya semakin besar.

“Saya sendiri tidak menjangkakan lagu ini akan dapat sambutan hebat di ibu kota,” kata Altimet.

Ditanya mengenai projek seterusnya, Altimet berkata dia belum bersedia kerana hanya akan mengganggu perhatian orang ramai terhadap Amboi.

“Belum sesuai untuk perkenalkan lagu baru kerana ramai masih layan Amboi. Biarlah mereka puas dulu,” katanya.

Altimet berkata, bukan selalu peluang sebegini muncul dalam karier setiap penyanyi dan dia perlu memanfaatkannya sebaik mungkin.

“Bukan semua lagu akan dapat tempat di hati pendengar. Dalam setahun boleh dikira dengan jari berapa yang betul-betul menjadi. Jadi, saya kena berikan lebih masa untuk Amboi,” katanya.

Sebelum ini, Altimet pernah mengeluarkan kenyataan mahu berehat daripada beraksi di atas pentas.

Jelasnya, perkara itu sudah lama diputuskan iaitu pada 2008 namun pada waktu itu tidak ramai nampak bakatnya.

“Saya akan terus menghasilkan karya untuk orang lain dan diri sendiri. Namun kemunculan di atas pentas akan dihadkan,” katanya.

Berbicara mengenai impian, Altimet berharap dapat mengadakan konsert satu hari nanti.

“Saya mahu buat konsert di tempat kelahiran iaitu Shah Alam, Selangor. Kalau boleh, persembahan saya nanti akan diiringi band dan peminat boleh saksikan sisi berbeza saya,” katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.