F Ben Affleck Benarkan Anak Berlakon Selepas Usia 18 Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ben Affleck Benarkan Anak Berlakon Selepas Usia 18 Tahun

PELAKON Ben Affleck memberitahu dia tidak mengizinkan anak-anaknya menceburi bidang seni dalam usia yang masih muda.

Seperti dipetik People, pelakon filem Batman ini berkata, berlakon bukan sesuatu bidang yang mudah dan dia tidak mahu anak-anaknya terbeban dengan tanggungjawab tersebut.

"Berlakon sesuatu yang sukar, walaupun saya sangat menyukai bidang i9ni dan sudah menceburinya sejak kecil, namun saya tidak mahu anak-anak saya melalui perkara yang sama.

"Aku hanya membenarkan mereka menceburi bidang ini selepas umur 18 tahun," ujarnya.

Bagaimanapun, Ben berkata, tiga cahaya matanya kini semakin menunjukkan minat terhadap bidang lakonan.
"Anak-anak saya seringkali terlibat dalam drama-drama yang dianjurkan di sekolahnya, biarlah mereka fokus terhadap pelajaran terlebih dahulu," ujarnya.

Ben mempunyai tiga cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Jennifer Garner iaitu Seraphina, 8, Samuel, 5 dan Violet yang baharu berusia 11 bulan.


ot;1" />
Powered by Blogger.