F Belum Layak Jadi Ikon Poligami - Ashraf Muslim | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Belum Layak Jadi Ikon Poligami - Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim mengakui dia belum layak dianggap sebagai ikon poligami namun bersyukur kerana diberikan kebahagiaan rumah tangga bersama kedua-dua isterinya, Noor Dayana dan Wan Sakinah.

Menurut Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, 35, dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, dia menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikon dan contoh dalam kehidupannya.

"Alhamdulillah segalanya okay. Apabila sudah ada tanggungjawab yang besar ni, kita sendiri pun kenalah disiplinkan diri.

"Kalau suami tak bijak dan tak sabar, susahlah untuk dapat kebahagian dalam rumah tangga. Bagi saya, sebagai suami kita kena bijak, pandai membahagikan masa antara kerja, dengan isteri juga masa dengan kawan-kawan.

"Kalau ada orang anggap saya ini ikon, saya bukanlah yang terbaik. Saya pun menjadikan nabi Muhammad sebagai contoh. Baginda lah ikon dan paling terbaik untuk kita semua contohi," katanya ketika diminta mengulas tentang sesetengah pihak yang menjadikan dirinya ikon dalam berpoligami.

Ashraf berkahwin dengan Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Kemudian mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Pattalung, Selatan Thailand.

Hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua orang isterinya, bintang drama Biar Aku Jadi Penunggu ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf (3 tahun), Anas Ashraf, setahun lapan bulan dan Adam Ashraf, setahun enam bulan.

Berkongsi pula mengenai perkembangan seni, Ashraf bakal muncul menerusi filem Bukan Cinta Malaikat yang akan ditayangkan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Selain berlakon, Ashraf turut bertindak sebagai penerbit bersama bagi karya arahan Aziz M Osman itu.

Kata Ashraf, dia sekarang dalam usaha berjinak-jinak dalam dunia pengarahaN namun dia memberi tempoh kepada dirinya membuat persiapan sehingga hujung tahun ini sebelum mencapai impian itu.

"InsyaAllah, saya berhasrat mahu mengarah namun bukan dalam masa terdekat ini. Masih banyak lagi yang saya perlu belajar tentang selok-belok dunia pengarahan. Saya bagi masa untuk diri saya, sehingga hujung tahun ini," katanya yang kini juga aktif menerbitkan drama dibawah syarikat produksi miliknya, Al Hidayah Production Sdn Bhd.

Perkembangan lain, Ashraf tersenarai dalam Top 5 kategori Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH3.0) bersaing dengan empat lagi calon iaitu Aiman Ridza, Shukri Yahaya, Fattah Amin dan Syafiq Kyle.

Anugerah berprestij itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 14 Mei ini.
InstaForex
Powered by Blogger.