F Bekas vokalis Soundgarden disahkan bunuh diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Bekas vokalis Soundgarden disahkan bunuh diri

CHRIS Cornell, bekas penyanyi kumpulan Soundgarden dan Audioslave disahkan menggantung dirinya sendiri.

Menurut laporan CNN, perkara tersebut diumumkan oleh pemeriksa perubatan, semalam.

Walaupun punca kematian dikenal pasti dengan menggantung diri, keputusan penuh autopsi Chris masih belum sempurna, kata pegawai perubatan.

Mangsa yang berumur 52 tahun ditemui meninggal dunia selepas melakukan sebuah persembahan di Detroit, Amerika Syarikat.

Chris dijumpai oleh saudaranya di bilik air di hotel MGM Grand, kata jurucakap polis, Michael Woody.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sejurus selepas itu.

Kematian Chris dianggap mengejutkan dan tidak disangka, kata wakil Chris, Brian Bumbery.

"Isteri Chris, Vicky dan keluarga Chris terkejut dengan khabar tersebut.

"Mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Chris yang sentiasa memahami," kata Brian.

Chris merupakan salah seorang pemuzik grunge yang aktif pada awal 1990-an dan menubuhkan Soundgarden pada 1984.
InstaForex
Powered by Blogger.