Berita Terkini
recent

Bekas Pengurus Alanis Morissette Dipenjara 6 Tahun, Diarah Bayar RM37juta

Bekas pengurus perniagaan yang mencuri lebih AS$7 juta (RM30 juta) daripada penyanyi Alanis Morissette dan beberapa yang lain, dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan diarahkan membayar semula sebanyak AS$8.6 juta (RM37 juta).

Jonathan Todd Schwartz, 47, menangis dan meminta maaf pada sesi pendengaran itu, berkata dia bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan itu dan menanggung malu seumur hidup kerananya.

"Saya bertanggungjawab atas kemusnahan itu. Saya akan menghabiskan seumur hidup meminta maaf," katanya.

Dia berhadapan hukuman penjara lebih 20 tahun selepas mengakui bersalah atas tuduhan penipuan dan jenayah cukai.

Bagaimanapun, Hakim Dolly Gee menjelaskan menurut garis panduan hukuman yang menyatakan sekitar lima hingga enam tahun penjara. Dalam kenyataan mangsa pada sesi pendengaran itu, Morissette menggesa hukuman lebih berat sambil berkata Schwartz mengkhianati kepercayaannya dan mencuri wang selama bertahun-tahun.

"Dia melakukan jenayah ini secara bersistematikdan jahat dalam jangka masa panjang, yang boleh menyebabkan saya muflis dalam tempoh tiga tahun jika berterusan," kata Morissette.

Schwartz mengaku mencuri hampir AS$5 juta (RM21 juta) daripada Morissette di antara Mei 2010 dan Januari 2014 dan lebih AS$2 juta (RM8.6 juta) daripada lima pelanggan tidak dinamakan ketika bekerja di GSO Business Management, firma yang berhubungan dengan penghibur seperti Katy Perry, 50 Cent dan Tom Petty
Powered by Blogger.