F BCL Bangga Vin Diesel Tonton Surat Kecil Untuk Tuhan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

BCL Bangga Vin Diesel Tonton Surat Kecil Untuk Tuhan

Pelakon dan penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mengakui bangga apabila mendapat tahu bintang Hollywood Vin Diesel sudah menyaksikan filem terbaru lakonannya, 'Surat Kecil untuk Tuhan' (SKUT).

Dalam filem tersebut, BCL bergandingan dengan aktor bertaraf antarabangsa, Joe Taslim.

Menurut isteri kepada pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair ini, dia mengganggap berita tersebut sebagai khabar positif.

" Joe sudah berlakon filem-filem Hollywood, tentunya dia juga kenal dan berteman ya, dengan para aktor yang ada di sana, termasuk produser mahupun sutradara di sana.

"Kalau memang SKUT ditonton oleh teman-teman Joe yang tidak hanya dari Indonesia, tentunya ini akan menjadi sebuah kebanggan untuk kita," ungkap BCL seperti yang dilaporkan Detik.hot

Menurut BCL, filem arahan Fajar Butomi ini sarat dengan mesej universal. Drama yang mengangkat fenomena penjualan itu diyakini BCL dapat diterima umum.

"Secara personal, bagi saya filem ini adalah film yang memiliki isi, visi. Jadi, penuh dengan makna dan amat sangat berkaitan dengan yang terjadi tidak hanya di Indonesia, tetapi juga di dunia.

"Apalagi, hal berkaitan anak-anak kecil yang seharusnya diberi perhatian. Jadi ada sosialnya dan kemanusiannya. Dan ini memang sesuai, untuk ditonton oleh sesiapa pun di seluruh dunia," tuturnya.



ot;1" />
Powered by Blogger.