F Bau busuk dari rumah mertua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Bau busuk dari rumah mertua

Hajat menantu lelaki untuk menjenguk bapa mertuanya di Felda Bukit Rokan Utara Gemencheh, di sini, berakhir dengan insiden mengejutkan apabila bapa mertuanya berusia 72 tahun ditemui sudah meninggal dunia di kediaman berkenaan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, menantu berkenaan datang ke pondok polis Bukit Rokan Utara dan memaklumkan kepada pihak polis kediaman bapa mertuanya tidak boleh di buka serta berbau busuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak, anggota polis telah pergi ke rumah berkenaan bersama menantu lelaki berkenaan dan memecahkan pintu belakang rumah yang terletak di Peringkat 1, Felda berkenaan.

"Setelah membuat pemeriksaan, mangsa telah ditemui di bawah katil dalam keadaan sudah tidak bernyawa, busuk dan mereput.  Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi berkenaan.


"Kita jangkakan berdasarkan keadaan mayat, mangsa sudah pun meninggal dunia lebih empat hari. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Powered by Blogger.