Berita Terkini
recent

Bapa ayam bersama pelacur

Kerja licik seorang bapa ayam menawarkan khidmat seks kepada pelanggan tempatan di Service Apartment, di Bukit Jambul, akhirnya terbongkar apabila dia dicekup bersama dua wanita Vietnam yang dipercayai pelacur ketika serbuan polis, malam kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 6 petang, dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis turut menahan seorang pelanggan dalam operasi ‘Ops Noda’.

“Hasil maklumat orang awam dan risikan, selain seorang bapa dan dua wanita warga. Polis turut menahan seorang pelanggan lelaki berusia 33 tahun.

“Kesemua mereka, kini ditahan di IPD Timur Laut, di sini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran.

“Seterusnya, akan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan untuk aktiviti persundalan serta Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.

“Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 ,”katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.