F Banglo bernilai RM150 ribu, kejutan istimewa buat Datuk Nassier Wahab | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Banglo bernilai RM150 ribu, kejutan istimewa buat Datuk Nassier Wahab

Tahun 2017 ternyata mencatat kenangan yang cukup manis buat penyanyi popular, Datuk Nassier Wahab apabila menerima dua kejutan yang tidak terjangka olehnya.

Jika beberapa hari lalu penyanyi Memori Cinta Luka ini dianugerahkan darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dari istana Pahang, kini sekali lagi rezeki menyebelahinya apabila dihadiahkan banglo daripada sebuah syarikat hartanah.

Banglo bernilai RM150,00 yang terletak di Kapar, Klang ini diberikan bersempena pelantikan Datuk Nassier sebagai duta syarikat hartanah tersebut yang dukup terkenal dengan pembinaan rumah mampu milik untuk semua.

Mengulas tentang hadiah tersebut, kata Datuk Nassier, rezeki yang tidak terjangka itu diterima dengan penuh rasa syukur.

“Dua kejutan yang saya terima dalam jangka masa yang begitu dekat membuatkan saya rasa sangat-sangat bersyukur, malah berterima kasih kepada mereka yang menghargai saya dengan sebegini rupa.

“Saya anggap ia sebagai hadiah yang cukup istimewa sempena hari jadi saya ke-55 yang jatuh pada 18 April lalu.

“Sudahlah dilantik sebagai duta, dihadiahkan pula dengan sebuah rumah yang selesa dan terletak tidak jauh dari kediaman saya sekarang. Jadi apa lagi yang harus saya katakan, melainkan rasa syukur dengan rezeki ini,” luahnya.

Biarpun sudah bergelar Datuk, penyanyi yang cukup dikenali dengan sikap rendah dirinya ini menegaskan dia masih lagi orang yang sama dan tidak akan berubah hanya kerana gelaran yang diterimanya itu.

“Saya masih orang yang sama dan berharap rakan-rakan dan peminat juga melihat dan menerima saya sebagaimana saya sebelum ini.

“Memang gelaran itu saya anggap sebagai penghargaan tertinggi sepanjang 32 tahun penglibatan saya dalam bidang seni, namun ia bukanlah tiket untuk saya merasa besar diri,” katanya ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta sebuah syarikat hartanah Rabu lalu.
InstaForex
Powered by Blogger.