F Ayu Raudhah Tunggu Masa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ayu Raudhah Tunggu Masa

Bakal menimang cahaya mata perempuan, aktres Ayu Raudhah, 33, ketika ini menantikan masa untuk melahirkan anak ketiganya pada bila-bila masa.

Ayu yang ditemui pada majlis sidang media program Ramadan TV3 & TV9 2017 semalam berkata, dia dan suaminya, Zaquan Adha berdebar namun dalam masa yang sama teruja menyambut 'kedatangan' orang baru dalam keluarga mereka.

"Saya tunggu masa saja ni, anytime (tertawa). Kami sudah buat imbasan, insyaAllah anak perempuan. Zaquan paling teruja sebab dia memang menginginkan anak perempuan," kata Ayu yang hadir ke majlis tersebut menemani Zaquan yang dilantik sebagai salah seorang duta Terima Kasih 2017.

"Saya bergantung pada Zaquan, kalau misalnya dia kena balik Perak, jadi saya ikut dia ke sana begitu juga kalau dia perlu balik ke Johor atau ke Kuala Lumpur. Jadi tak pasti lagi akan bersalin di mana tapi sebagai persediaan kami dah daftar di hospital ketiga-tiga buah negeri," tambah Ayu.

Dalam pada itu, adik kepada selebriti jelita Rozita Che Wan (Che Ta) ini berkata memandang dia akan berpantang sepanjang Ramadan, jadi dia sudah menyediakan semua keperluan menyambut Aidilfitri untuk suami dan kedua-dua anak lelakinya.

Malah keperluan untuk puterinya juga sudah disediakan. Lebih menggembirakan, kata Ayu, Che Tah turut menghadiahkan baju-baju Aaishah yang masih baru kepada anaknya.

"Memandangkan saya akan berpantang sepanjang bulan puasa nanti, jadi awal-awal saya sudah siapkan keperluan raya untuk suami dan anak-anak.

"Kak Ta pun ada bagi banyak baju untuk baby, ada baju Aaishah yang masih baru tapi sudah tidak dipakainya," tuturnya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser dan Muhammad Aisy Aryann.
InstaForex
Powered by Blogger.