Berita Terkini
recent

Artis tunjuk komitmen

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) adalah antara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Kelmarin berlangsungnya majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 3.0 di Galeri Prima, Balai Berita, Kuala Lumpur.

Berkesempatan menghadiri majlis pengumuman Top 5 itu, Papa terkejut melihat komitmen dan keterujaan selebriti yang hadir.

Difahamkan lebih 40 selebriti tanah air berkumpul pada acara berkenaan bagi menyaksikan nama dan calon lain yang terpilih dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Antara kelibat artis yang hadir ialah Ayda Jebat, Fattah Amin, Erra Fazira, Aiman Tino, Khai Bahar, Siti Nordiana, Zizan Razak, Mira Filzah, Zulin Aziz, Ifa Raziah dan Syafiq Kyle.

Papa nak berpesan di sini jangan sesekali lupa pengorbanan setiap peminat yang bertungkus-lumus memastikan artis pujaan masing-masing berjaya menduduki carta Top 5. Bagaimanapun, Papa ucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada lima calon terbaik.

Jom.kita perhatikan pelbagai gelagat spontan majlis berkenaan.
Powered by Blogger.