Berita Terkini
recent

Aqasha Respon Gosip Bercinta Dengan Rita Rudaini

"Sebagai lelaki, (dan) sebagai seorang Islam saya tahu apa yang saya lakukan," itu komen ringkas Aqasha mengenai dakwaan kononnya dia menjalin hubungan cinta dengan aktres Rita Rudaini, seperti yang digembar-gemburkan baru-baru ini.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 35, ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan, Media Prima, di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Tambah bintang filem Embun ini, dia tidak mahu ambil peduli akan dakwaan tersebut dan tidak kisah dengan tanggapan sesetengah pihak terhadap dirinya.

"Saya tidak kisah tentang tanggapan dan spekulasi ini dan jalan terbaiknya adalah tidak mahu mengambil peduli kerana orang luar tidak tahu apa yang saya lalui.

"Masyarakat tidak perlu beri tumpuan pada kehidupan peribadi artis sebaliknya lebih baik mereka mengetahui mengenai hasil-hasil kerja kami," katanya.

Dalam pada itu, Aqasha mengakui hubungannya dengan isteri, Noor Baizura Sabri berada dalam keadaan baik-baik saja.

"Hubungan saya dan isteri okay," katanya ringkas.

Terdahulu, rumah tangga Aqasha dikatakan berantakan selepas isterinya memuat naik paparan skrin perbualannya dengan Rita Rudaini pada April lalu.

Ditanya mengenai sejauhmana kebenaran paparan skrin tersebut, Aqasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Aqasha dan Baizura, 34, mendirikan rumah tangga pada 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Powered by Blogger.