F Apooo ungguli Super Karoks Kool FM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Apooo ungguli Super Karoks Kool FM

Kumpulan Apooo yang dianggotai penyanyi Elly Mazlein dan Zul 2by2 dinobatkan sebagai juara program Super Karoks Kool FM musim kedua selepas meraih undian 76 peratus.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Elly dan Zul membawa pulang wang tunai RM30,000.

Elly dan Zul yang mempersembahkan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain pada minggu akhir berjaya mendapat undian tertinggi sekali gus jauh meninggalkan empat kumpulan lain.

Tempat kedua menjadi milik kumpulan Wow yang dianggotai Dia Fadila dan Haida dengan jumlah undian 10 peratus. Pasangan ini menyanyikan lagu Ku Akui nyanyian asal Hafiz Suip.

Sementara itu, kumpulan Bedeboom yang menampilkan pasangan Adibah Nor dan Vince meraih tempat ketiga dengan jumlah undian 8 peratus. Pasangan duo ini menyanyikan lagu Beauty And The Beast.

Dua kumpulan yang mendapat undian terendah adalah GItewlaa (Syura dan Bob) dan RGVictory (Rem dan Gmie).

Bagaimanapun Syura dan Bob pernah menjuarai minggu kedua dan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Selain bergelar juara keseluruhan kumpulan Apooo juga pernah dua kali menjadi juara mingguan yang melayakkan mereka meraih hadiah mingguan berupa wang tunai RM5,000.

Minggu akhir musim kedua ini mencatat sejarah tersendiri apabila undian terkumpul kumpulan Apooo mencecah 5 juta undian yang dibuka sejak Isnin lalu sehingga Khamis.
ot;1" />
Powered by Blogger.