F Anak Sudah Mula Ikut Perangai Saya - Adira | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Anak Sudah Mula Ikut Perangai Saya - Adira

Penyanyi Adira Suhaimi, 25, mendedahkan anaknya, Anggerik, yang meskipun baru hampir berusia dua bulan namun sudah mula menunjukkan perangai seperti dirinya iaitu suka bergambar.





Adira ang ditemui ketika sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) berkata, dia berasa lucu apabila memerhatikan reaksi puteri sulungnya itu yang kelihatan selesa setiap kali aksinya ingin dirakamkan.

"Anak saya baru hendak masuk dua bulan. Dia tak banyak ragam tapi satu yang saya perasan, dia suka kalau nak bergambar. Dia ikut perangai macam saya lah tu," katanya sambil tertawa mengingatkan gelagat anaknya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dewi Cinta ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015. Adira sebagai isteri kedua bernikah dengan usahawan hartanah itu di Songkhla, Thailand. Manakala, Anggerik dilahirkan pada 10 Mac lalu.

Dalam pada itu, Adira mengakui dia kini lebih memahami perasaan serta tanggungjawab sebagai seorang ibu sejak memengang status tersebut.

"Sejak jadi ibu, buatkan saya lebih faham bagaiamana sebenarnya perasaan ibu kita yang dulu menjaga dan membesarkan kita.

"Teringat saat-saat saya nakal dan tidak mendengar kata-kata mak saya, membuatkan timbul rasa penyesalan. Sekarang kita fahamlah kenapa mak marah kalau anaknya tidak dengar cakap. Saya harap anak saya nanti menjadi seorang anak yang baik dan mendengar kata," tuturnya.

Mengenai kerjaya, Adira sudah kembali bekerja seperti biasa sebaik saja habis tempoh berpantang kira-kira sebulan lalu. Pun begitu, dia masih menyesuaikan diri untuk bekerja di samping menjaga dan menguruskan anaknya. Justeru buat masa ini dia sekadar memenuhi sesi fotografi.

Katanya, dia berasa berat hati mahu meninggalkan Anggerik dalam tempoh yang lama. Disebabkan itu, dia akan membawa anaknya ke tempat kerja.

"Saya ni jenis yang tidak boleh duduk saja di rumah tanpa berbuat apa-apa. Habis saja berpantang saya sudah kembali bekerja. Tapi setakat ini sekadar sesi fotografi dan sebenarnya banyak juga tawaran persembahan untuk majlis koporat.

"Kalau keluar bekerja memang saya akan bawa anak sekali bersama sebab saya tak boleh berjauhan dengannya dalam tempoh yang lama. Tambahan dia masih menyusu badan. Tapi jika keadaan tidak mengizinkan saya akan tinggalkannya bersama pembantu saya," katanya.

Perkembangan lain, Adira tersenarai dalam Top 5 kategori Artis Sensasi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0)  bersama empat calon lain iaitu Elly Mazlein, Neelofa, Fattah Amin dan Uqasha Senrose.

Acara kemuncak anugerah berprestij tersebut akan berlangsung pada 14 Mei ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC).
ot;1" />
Powered by Blogger.