F Ana Anak Ibu: Inspirasi kisah benar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ana Anak Ibu: Inspirasi kisah benar

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata comel, yang akan menceriakan kehidupan mereka.

Namun tak semua pasangan dikurniakan anak yang sihat, tetapi ada juga yang diuji apabila cinta hati mereka menghidap penyakit kronik.

Kisah yang berlaku dalam masyarakat inilah menjadi inspirasi buat Eenaz Mokhtar menulis skrip telefilem Ana Anak Ibu.

Telefilem istimewa terbitan Playwright Pictures Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini akan menemui penonton sempena Hari Ibu pada 13 Mei, jam 9 malam, di slot Astro Citra dan Mustika HD


Ia dibintangi pelakon hebat seperti Khir Rahman, Umie Aida, Puteri Balqis, Fauziah Nawi dan Alyssa Dezek.


Berkongsi pembikinan telefilem ini, Ghaz berkata, dia secara peribadi melihat Ana Anak Ibu sebagai sebuah naskhah istimewa dan sarat emosi.

Katanya, dia sendiri bergenang air mata ketika penggambaran beberapa babak penting di buat.

"Kami menjalani penggambaran selama lapan hari di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

"Apa yang diberitahu oleh Eenaz, naskhah ini memang diinspirasikan dari kisah benar, tapi kisah yang mana saya tak pasti.

"Cuma saya sebagai pengarah, banyak guna pengalaman sendiri semasa menjaga arwah ayah yang sakit sebagai inspirasi nak buat telefilem ini," katanya.

Tambah Ghaz, dia juga bertuah apabila mendapat barisan pelakon yang hebat dan boleh memberikan lakonan mantap tanpa di pinta.

"Kita sellau tengok Balqis menangis dalam lakonannya, tapi dalam Ana Anak Ibu, wataknya seorang anak yang kuat dan cuba gembirakan hati ibu dan ayahnya.


"Hanya Umie dan Khir yang banyak bermain dengan emosi di dalam telefilem ini.

Kata Ghaz, semua pelakon memberi lakonan yang cukup mantap sehingga dia sendiri menangis ketika proses suntingan.

"Bagi saya inilah telefilem yang cukup baik dari segi jalan ceritanya, syotnya, lighting, editing. Anda harus tonton!" ujarnya.

Suka explore

Ghaz yang terkenal menerusi filem Polis Evo turut mendedahkan, Ana Anak Ibu merupakan drama berat pertama arahannya.

Selaku pengarah, katanya, dia lebih suka mencuba pelbagai genre dan secara tidak langsung mengetahui keupayaan dirinya sendiri.


"Saya bertuah kerana dapat sebuah naskhah yang bagus dan saya berharap dapat menghasilkan naskhah yang lebih berat pada masa akan datang," katanya.

Pengarah ini juga mengharapkan Ana Anak Ibu ini dapat berkongsi rasa dan perasaan yang dilalui oleh ibu bapa yang diuji dengan cahaya mata yang istimewa.

Ana Anak Ibu mengisahkan kegembiraan Jannah sekeluarga hanya sementara apabila anaknya, Ana, disahkan mengidap barah. Di hospital, Ana bersahabat baik dengan rakan senasibnya, Zai.

Mampukah Jannah melalui detik sukar dan bagaimanakah pengakhiran hidup Ana? Saksikan telefilem ini Ahad nanti.
ot;1" />
Powered by Blogger.