F American Idol versi baru | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

American Idol versi baru

Selepas program realiti American Idol dikhabarkan akan ditamatkan, ramai yang bersedih memandangkan program pelopor itu terbukti sangat menggamit nostalgia.

Terbaru, ada perkhabaran gembira mengenai penerbitan semula program itu dan formatnya jauh lebih segar serta relevan demi meraih pengikut ramai.

Lebih istimewa, penyanyi Katy Perry turut dilaporkan bakal menduduki kerusi juri. Bagaimanapun, dua lagi juri masih dalam perbincangan dan belum diputuskan.

Bagaimanapun, yang pasti penyanyi Roar itu akan menjadi juri utama untuk program berkenaan dan pengumuman rasmi pemilihannya bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, kerusi juri itu diberikan kepada juara sulung American Idol iaitu Kelly Clarkson. Namun penyanyi itu memilih untuk menjadi juri kepada program pesaing, The Voice.

Sekali gus, penerbitnya ABC Upfronts menawarkan tugasan itu kepada Katy selain masih mencari dua lagi juri lain.

Selain Katy dua lagi bakal juri terbabit bukan daripada kalangan penyanyi. Penerbit mahukan individu berpengalaman dalam bidang muzik seperti komposer dan penulis lagu.

Begitu juga dengan hos program itu masih menjadi teka-teki. Sebelum ini, kedudukan Ryan Seacrest tidak pernah digugat dan terus menerajui program berkenaan.

Bagaimanapun, pengacara berkenaan dikhabarkan berpotensi tinggi kekal menjadi hos American Idol versi terbaru itu.

Keputusan menamatkan program itu sebelum ini dibuat penerbit terdahulu iaitu FOX memandangkan kos penerbitannya semakin tinggi. Keseluruhan yang terbabit tidak mahu terus dibelenggu masalah berkenaan.

Ryan dan Katy ternyata harus dibayar tinggi untuk program itu kelak. Disebabkan itu khabarnya dua lagi juri lain semestinya bukan individu yang akan memerlukan bayaran besar.
InstaForex
Powered by Blogger.