F Alif tak terkilan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Alif tak terkilan

“SAYA tidak kecewa atau terkilan gagal membawa pulang trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0). Tersenarai sebagai Top 5 lima kategori dan berada dalam kelompok artis popular seperti Neelofa pun satu pengiktirafan yang sudah cukup bermakna buat saya,” kata Alif Satar.

Pelakon dan penyanyi itu bersyukur kerana ini pencalonan pertamanya dalam anugerah berprestij sepanjang 11 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air.


Alif berkata, dia percaya kelab peminatnya sudah berusaha yang terbaik untuk mengundi namanya namun rezeki tidak berpihak kepada mereka.

“€œSaya akui ramai peminat terkilan apabila dapat tahu saya tidak menang satu kategori pun. Saya reda dengan apa yang sudah ditentukan.

“Saya juga bukan orang baru dalam bidang ini dan sudah masak dengan jatuh bangun anak seni,” katanya.

Pelakon yang menempa nama menerusi drama Dia Semanis Honey itu mengakui tumpang gembira dengan kejayaan dua artis popular iaitu Fattah Amin dan Khai Bahar pada malam itu.

“€œMenang kalah adat pertandingan.Sayatidak cemburu dengan kemenangan Fattah dan Kh ai.Memang sudah rezeki mereka pada malam itu,”katanya.

Diminta mengulas dakwaan dirinya pulang awal kerana kecewa dengan kekalahan itu, Alif menafikannya.

“€œSaya terpaksa pulang awal kerana perlu menghadiri majlis pelancaran kafe yang diusahakan bersama keluarga pada keesokan paginya di Kota Kinabalu, Sabah”€ katanya.

Pada malam kemuncak ABPBH 3.0 yangberlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam Ahad lalu, Alif dicalonkan dalam empat kategori utama iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular serta satu kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama bersama Siti Nordiana (Dia Semanis Honey).
InstaForex
Powered by Blogger.