Berita Terkini
recent

'Alhamdulillah, syukur ya ALLAH'

PELAKON Siti Nor Syatilla Amirol Melvin, selamat melahirkan anak pada pagi ini.

Syatilla yang juga merupakan isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam, mengesahkan perkhabaran gembira tersebut di Instagramnya.

"Alhamdulillah syukur ya ALLAH!!thank u syg @shaheizy_sam," tulisnya di instagram.

Bagaimanapun, Syatilla masih merahsiakan mengenai jantina anak sulung mereka itu.

Pasangan tersebut telah berkahwin pada Februari tahun lepas.

Mereka selamat diijab kabul dalam satu majlis di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Jawi Golf Villa.

Majlis Perkahwinan pasangan itu menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta dan sekali gus dilabel sebagai 'Wedding of The Year'.

Jumlah itu termasuk barang kemas bernilai RM20 juta dan selebihnya melibatkan persiapan majlis seperti pakaian, dekorasi, pelamin serta cenderahati.
Powered by Blogger.